undefined
undefinedundefined
Tengok tajuk macam gempak je. Hehehe. Yesss!! akhirnya dapat gak aku cuti walaupun sehari. Cuti selepas ini pada hari Selasa dan Rabu depan. Mulai Isnin ni sampai Rabu aku ada training lagi "CULTURE OF EXCELLENT" kat Paragon Hotel. Fffuuuhh.
Tapi pagi-pagi ini aku mengeluarkan peluh yang sedia lama tak keluar. Hehehe. Bergotong royong ngan bapak mertua aku 'menebang dan mengutip buah rambutan'. Uiisshh rambutan gading tau! kecur air liur aku. Dalam pukul 9.00am bapak metua aku dah gergaji pokok. Aku standby bawah je. Lengan aku masih dalam 'pemulihan' lagi. Tak tau sakit apa. Lenguh menangkap urat. So tugas aku cuma kutip buah rambutan yang jatuh.
Mengah betul. Dulu selalu aku ikut ayah ke kebun arwah atuk & nenek di Air Hitam, Kluang. Banyak gak pokok buah..Ada rambutan, durian, manggis, duku, ciku..perrggghhh tapi sekarang takde orang jaga sangat. So buah-buahan tu macam malu-malu nak kuar.
Sebenarnya banyak pokok buah kat sini. Belakang tu pokok jambu air. Tak larat nak kutip. Banyak yang gugur. Eh...keta sapa yang emsem ni??? hehehe
Ati (adik ipar) dan Nadhirah (anak saudara) tengah mengasingkan buah yang cantik. Rasa macam nak jual. Esok bawak gi ofis sikit la..
Dalam sibuk mengemas..Najmi (anak saudara) dan parents dia balik. Najmi menang pertandingan Deklamasi sajak bertajuk 'IBU' peringkat sekolah. Akan mewakili ke peringkat Daerah. Tahniah. Macam tu lah anak sedara Pak Ngah. Aku ada gak curahkan idea pada dia. Maklumlah dulu pun bekas wakil Sekolah, Daerah dan Negeri dalam pertandingan-pertandingan macam ni. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri.
Tapi pagi-pagi ini aku mengeluarkan peluh yang sedia lama tak keluar. Hehehe. Bergotong royong ngan bapak mertua aku 'menebang dan mengutip buah rambutan'. Uiisshh rambutan gading tau! kecur air liur aku. Dalam pukul 9.00am bapak metua aku dah gergaji pokok. Aku standby bawah je. Lengan aku masih dalam 'pemulihan' lagi. Tak tau sakit apa. Lenguh menangkap urat. So tugas aku cuma kutip buah rambutan yang jatuh.



Dalam sibuk mengemas..Najmi (anak saudara) dan parents dia balik. Najmi menang pertandingan Deklamasi sajak bertajuk 'IBU' peringkat sekolah. Akan mewakili ke peringkat Daerah. Tahniah. Macam tu lah anak sedara Pak Ngah. Aku ada gak curahkan idea pada dia. Maklumlah dulu pun bekas wakil Sekolah, Daerah dan Negeri dalam pertandingan-pertandingan macam ni. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment