BULI ALA KUNGFU!! Waacchhaaaa
Kenangan ni dah lama. Rasanya dalam tahun 1997/98. Aku dan kawan-kawan sekolah pernah jadi tajuk muka utama Harian Metro 'BULI ALA KUNGFU' !! Mesti korang terkejut. Begitulah perangai budak-budak aku. Tapi dah tingkatan 4 masa tu. Kah kah kah. Gini ceritanya.

Kononnya masa tu dah senior dan dah boleh tunjuk handal. Kami satu batch rapat dengan pemandu bas (Kojai namanya) yang selalu bawa kami ke Masjid Muar untuk solat Jumaat. Memang kau-aku je dengan dia walaupun aku tau dia tua berpuluh tahun dengan kitaorang. Satu Jumaat tu bas yang dibawanya kemalangan akibat dilanggar sebuah kereta di persimpangan menuju pulang ke sekolah. Maklumlah..bas penuh dengan bebudak sampai ke tangga bas. Jadi bila sampai simpang tu, Kojai ni pun tanyala : " Ada kereta tak? Aku tak nampak sebab korang dah diri kat tangga tu"

Tiba-tiba ada sorang budak junior ni jawab sambil bergurau menyatakan tiada sedangkan ada sebuah kereta yang bertentangan simpang. Apa lagi Kojai pun pandu terus bas tu..dan akhirnya....KEMALANGAN!

Aku dan beberapa geng takde dalam bas tu. Walaubagaimanapun kami kesian dengan Kojai kerana kami tau dia susah..mana nak betulkan bas lagi dan confirm2 pendapatan dia takde bila bas masuk bengkel. Apa lagi kami dengan sepakatnya merancang sesuatu yang 'jahat'. Tapi sebenarnya niat tak baik tu berpunca sebab petang tu juga sekumpulan senior dah panggil dan menyoal siasat budak tu. Gila betul. Budak tu disuruh berdiri di hujung tilam yang dibentang di lantai..pastu sorang-sorang budak senior lari dan flying kick budak tu. Tilam berfungsi untuk menahan sang senior dari jatuh ke lantai sedangkan budak tu tercampak. Pastu ukur jarak tercampak daripada tilam. Kesian aku tengok budak tu. Really! Aku sebenarnya agak rapatla sebab kakak dia satu batch ngan aku. Jadi kami nak panggil budak tu malam ni untuk tanya kenapa dia buat sedemikian (dengan menipu Kojai) - tapi sebenarnya saja nak tunjuk lagak...

Malam tu belum sempat aku soal siasat..budak batch aku dah panggil dan buli dia. Aku tak ingat macamana. Sekali lagi hati aku tersentuh. Kenapala dihukum sampai macam ni. Dalam pertengahan 'proses membuli' aku tarik budak tu dan duduk di hujung bilik.

Aku tengok budak tu dah menangis. Aku pun tanya pelan-pelan:" nape awak buat macam tu kat Kojai?"
Sekali dia buat bodo daa...aku geram gak. Akupun 'SEPAK' pipi dia. "Kan abang tanya ni.jawabla" Dia masih diam..aku malas nak layan dan biarkan dia.
DEMI ALLAH..ITU JE YANG AKU BUAT!
Esoknya kami digemparkan bila rupanya malam tu juga budak tu balik dan telah dimasukkan ke ICU. Ya Allah..aku dan semua yang terlibat memang cuak gila. Kakak budak tu dah tau yang adiknya dibuli dan bapanya telah report polis. Tapi family termasuk kakaknya tak tau siapa yang pukul. Maka petang tu juga Ustaz Basri (Ketua Warden) datang ke asrama dan menjerit sambil suruh semua yang terlibat mengaku! Aku terdiam. nak ngaku ke tak..aku cuma sepak. itupun aku sorang je yang tau sebab bilik gelap. nak ngaku ke tak ek..Aahhh baik ngaku. Baru aku nak turun aku nampak Trak Polis dah tunggu. Aku terus batalkan niat. Kelihatan dekat 15 orang member - member aku dah naik.
Malam tu aku bingung.."sepakpun kira belasah ke???" Hmmm akhirnya aku niat esok nak jumpa Ustaz basri dan terangkan padanya. Aku sebenarnya baru dilantik sebagai Ketua Biro Ibadah sekolah masa tu. iissshh jahat sungguh.
Esok Ustaz Basri terkejut dengan pengakuan aku. Sungguh tak sangka. Dia mempertikaikan aku. Berdebat gakla sebab aku kata 'SEPAK' tak sama dengan 'LEMPANG'.Pada aku sepak=perlahan, Lempang=Kuat.. Hehehe Betul ke? last - last aku dikenakan hukuman. Buang asrama kerana budak tu tak sebut pun nama aku antara yang belasah dia, tapi disebabkan kejujuran aku=aku dibuang asrama. Duduklah aku di rumah atuk ketika itu bersama kawan aku yang sehidup semati, Muhamad Amin (katne ko sekarang ni?). hanya 3 orang sahaja yang dibuang sekolah, manakala yang lain senasib ngan aku.
Ustaz, guru dan 'awek' yang dulu baik ngan aku start pandang serong. Mula-mula aku sedih. tapi aku fikir positif. Aku belajar rajin-rajin. Peduli apa aku. Masa SPM aku antara pelajar terbaik sekolah. Pangkat satu Aggregate 15 ! Dan mengejutkan kesemua yang dibuang asrama lulus dengan cemerlang. hehehe. baru tau!
Tapi nasihat aku kalau nak cemerlang janganlah sampai belasah budak. Nanti korang ada anak sure risau bila nak hantar anak ke asrama. takut berlaku kat anak kita pula. Kesian la pada mereka yang junior. Pada aku sebenarnya buli ni sebab nak tunjuk lagak. Bila ada member je terer..bila sorang diam plak ko! Mereka pun masih ada mak bapak. Fikir perasaan mereka. Ok! Korang plak jangan pandang aku lain plak. KANG AKU BELASAH KORANG PLAK! HEHEHEHEHE. Acah ajeee! Kini aku dah jadi bapa dan aku faham perasaan ayah aku masa tu. Kesian mak dan ayah yang membesarkan aku.

MINTA MAAF YE MAK & AYAH!




0 Responses

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin