Lambatnye bawak kereta!
Petang ni aku bawa kereta laju sikit. Sebab semalam aku tido umah sendiri..sorang2. Nak kemas peti sejuk dan rumah. Minggu depan Sayang & Iman dah balik rumah sini. So kena tidy up sikit. taklah bersepah sangat. cuma habuk je.


Sebelum balik aku beli Longan kering kat kedai Seng Seh (betul ke aku eja?) Sayang nak buat air. bagi segar sikit. Pastu Isteri pesan beli Susu Enfalac A+.. dalam purse ada RM50.00 je. Malas nak withdraw lagi. Sekali tengok susu punya harga RM56.70..Mak aiihhh! aku ingat belas-belas je. Plan nak bagi Iman biasakan minum susu tepung sebab lagi 3 minggu Sayang dah naik kerja. So kesian nanti Iman. Aku tengok iman kuat minum susu.


Dalam pukul 6.35 minit petang aku bergegas pulang. Sekali ada satu kancil tengah syok bawak perlahan. Aku tengok jarak antara keta dia dengan keta depan jauh.Ada la satu tiang. Betul ikut peraturan..PEREMPUAN!! Patutla..memang bagus ikut peraturan.. tapi aku ngendap2..tali pinggang tak pakai. Anak kecik duk depan,pun tak bertali pinggang. Apa laaa!! baik tak payah. aku cuba sedapkan hati. Mungkin yang bawa orang tua dan tali pinggang dia memang rosak.Hehehe


Sekarang ni memang aku dah tak bawa laju sangat. Takut. Paling laju pun 130km/j. Tak tau kenapa. Macam fobia. Lagipun aku taknak keluarga aku 'hilang' aku nanti sebab eksiden. Kadang-kadang hati geram bila tengok ada orang cucuk aku dari belakang atau potong secara mengejut. Tapi perasaan tu cuma setakat tu..GERAMMMM memang ada. namun aku selalu sedapkan hati. mungkin dia bawa laju sebab ada emergency kat rumah/bini nak bersalin ke ataupun NAK TERKENCING!!! Hahahaha. Think positif je la. kalau ikutkan hati memang aku kejar.CC 2.0 la bro! Kang gua sondol lu baru tau!!


Cite pasal keta ni teringat yang ayah aku nak tukar keta. "Ayah..beli Honda Accord ni la..baru sesuai dengan GURU BESAR!" hehehe..apapun ikut kemampuan..Jadi ke??

Hari Isnin yang memboringkan
Hari ini hari yang paling boring. Nape ntah sejak 2,3 hari ni aku macam malas. Bahaya tu! Aku tau.Mungkin sebab penat sebab minggu ni aku akan kerja 7 hari seminggu.STRAIGHT! Mungkin sebab letih. Semalam aku cuma attend 2 orang customer. Alhamdulillah..Dua-dua beli rumah dengan aku. Best kan?? Baguslah sejak aku gi Training untuk memantapkan skill jualan ni, performance aku semakin bagus. Hari ni hanya dua orang Executive yang kerja. Aku dan Lalitha

Yang Lain gi training COE. Sambungan hari tu. Tajuk kali ni 'Sales Presentation'. Aku punya turn minggu depan 29-31 July 2009 kat Grand Paragon Hotel. Seboleh-bolehnya aku akan siapkan semua pending case dan kerja sebab 1hb-5hb aku balik kampung! Setelah hampir 4 bulan tak balik (rasenyela) kerana isteri bersalin. Kini aku balik bersama isteri dan MUHAMMAD IMAN.Yeeaaahhhhh!!! Aku nak cerita kat Iman kampung atuk dan Tok Mak Yong Peng pula. Diaorang seronok sebab inilah pertama kali Iman akan menjejakkan dirinya ke rumah itu dan pertama kalinya seorang insan yang dipanggil CUCU akan hadir dalam rumah itu. Hehehe tak sabar nak balik. Nanti awal Ramadhan balik lagi sebab Uda, Ben (suaminya) dan Arif akan balik. Aku rasa semua adik beradik aku adalah termasuk Anwar,Wahab dan Syafiq. Adik Nurul memang kat rumah.

Okeylah..aku nak gi carik kerja!


BULI ALA KUNGFU!! Waacchhaaaa
Kenangan ni dah lama. Rasanya dalam tahun 1997/98. Aku dan kawan-kawan sekolah pernah jadi tajuk muka utama Harian Metro 'BULI ALA KUNGFU' !! Mesti korang terkejut. Begitulah perangai budak-budak aku. Tapi dah tingkatan 4 masa tu. Kah kah kah. Gini ceritanya.

Kononnya masa tu dah senior dan dah boleh tunjuk handal. Kami satu batch rapat dengan pemandu bas (Kojai namanya) yang selalu bawa kami ke Masjid Muar untuk solat Jumaat. Memang kau-aku je dengan dia walaupun aku tau dia tua berpuluh tahun dengan kitaorang. Satu Jumaat tu bas yang dibawanya kemalangan akibat dilanggar sebuah kereta di persimpangan menuju pulang ke sekolah. Maklumlah..bas penuh dengan bebudak sampai ke tangga bas. Jadi bila sampai simpang tu, Kojai ni pun tanyala : " Ada kereta tak? Aku tak nampak sebab korang dah diri kat tangga tu"

Tiba-tiba ada sorang budak junior ni jawab sambil bergurau menyatakan tiada sedangkan ada sebuah kereta yang bertentangan simpang. Apa lagi Kojai pun pandu terus bas tu..dan akhirnya....KEMALANGAN!

Aku dan beberapa geng takde dalam bas tu. Walaubagaimanapun kami kesian dengan Kojai kerana kami tau dia susah..mana nak betulkan bas lagi dan confirm2 pendapatan dia takde bila bas masuk bengkel. Apa lagi kami dengan sepakatnya merancang sesuatu yang 'jahat'. Tapi sebenarnya niat tak baik tu berpunca sebab petang tu juga sekumpulan senior dah panggil dan menyoal siasat budak tu. Gila betul. Budak tu disuruh berdiri di hujung tilam yang dibentang di lantai..pastu sorang-sorang budak senior lari dan flying kick budak tu. Tilam berfungsi untuk menahan sang senior dari jatuh ke lantai sedangkan budak tu tercampak. Pastu ukur jarak tercampak daripada tilam. Kesian aku tengok budak tu. Really! Aku sebenarnya agak rapatla sebab kakak dia satu batch ngan aku. Jadi kami nak panggil budak tu malam ni untuk tanya kenapa dia buat sedemikian (dengan menipu Kojai) - tapi sebenarnya saja nak tunjuk lagak...

Malam tu belum sempat aku soal siasat..budak batch aku dah panggil dan buli dia. Aku tak ingat macamana. Sekali lagi hati aku tersentuh. Kenapala dihukum sampai macam ni. Dalam pertengahan 'proses membuli' aku tarik budak tu dan duduk di hujung bilik.

Aku tengok budak tu dah menangis. Aku pun tanya pelan-pelan:" nape awak buat macam tu kat Kojai?"
Sekali dia buat bodo daa...aku geram gak. Akupun 'SEPAK' pipi dia. "Kan abang tanya ni.jawabla" Dia masih diam..aku malas nak layan dan biarkan dia.
DEMI ALLAH..ITU JE YANG AKU BUAT!
Esoknya kami digemparkan bila rupanya malam tu juga budak tu balik dan telah dimasukkan ke ICU. Ya Allah..aku dan semua yang terlibat memang cuak gila. Kakak budak tu dah tau yang adiknya dibuli dan bapanya telah report polis. Tapi family termasuk kakaknya tak tau siapa yang pukul. Maka petang tu juga Ustaz Basri (Ketua Warden) datang ke asrama dan menjerit sambil suruh semua yang terlibat mengaku! Aku terdiam. nak ngaku ke tak..aku cuma sepak. itupun aku sorang je yang tau sebab bilik gelap. nak ngaku ke tak ek..Aahhh baik ngaku. Baru aku nak turun aku nampak Trak Polis dah tunggu. Aku terus batalkan niat. Kelihatan dekat 15 orang member - member aku dah naik.
Malam tu aku bingung.."sepakpun kira belasah ke???" Hmmm akhirnya aku niat esok nak jumpa Ustaz basri dan terangkan padanya. Aku sebenarnya baru dilantik sebagai Ketua Biro Ibadah sekolah masa tu. iissshh jahat sungguh.
Esok Ustaz Basri terkejut dengan pengakuan aku. Sungguh tak sangka. Dia mempertikaikan aku. Berdebat gakla sebab aku kata 'SEPAK' tak sama dengan 'LEMPANG'.Pada aku sepak=perlahan, Lempang=Kuat.. Hehehe Betul ke? last - last aku dikenakan hukuman. Buang asrama kerana budak tu tak sebut pun nama aku antara yang belasah dia, tapi disebabkan kejujuran aku=aku dibuang asrama. Duduklah aku di rumah atuk ketika itu bersama kawan aku yang sehidup semati, Muhamad Amin (katne ko sekarang ni?). hanya 3 orang sahaja yang dibuang sekolah, manakala yang lain senasib ngan aku.
Ustaz, guru dan 'awek' yang dulu baik ngan aku start pandang serong. Mula-mula aku sedih. tapi aku fikir positif. Aku belajar rajin-rajin. Peduli apa aku. Masa SPM aku antara pelajar terbaik sekolah. Pangkat satu Aggregate 15 ! Dan mengejutkan kesemua yang dibuang asrama lulus dengan cemerlang. hehehe. baru tau!
Tapi nasihat aku kalau nak cemerlang janganlah sampai belasah budak. Nanti korang ada anak sure risau bila nak hantar anak ke asrama. takut berlaku kat anak kita pula. Kesian la pada mereka yang junior. Pada aku sebenarnya buli ni sebab nak tunjuk lagak. Bila ada member je terer..bila sorang diam plak ko! Mereka pun masih ada mak bapak. Fikir perasaan mereka. Ok! Korang plak jangan pandang aku lain plak. KANG AKU BELASAH KORANG PLAK! HEHEHEHEHE. Acah ajeee! Kini aku dah jadi bapa dan aku faham perasaan ayah aku masa tu. Kesian mak dan ayah yang membesarkan aku.

MINTA MAAF YE MAK & AYAH!




Back to nature - Jadi tarzan!
Tengok tajuk macam gempak je. Hehehe. Yesss!! akhirnya dapat gak aku cuti walaupun sehari. Cuti selepas ini pada hari Selasa dan Rabu depan. Mulai Isnin ni sampai Rabu aku ada training lagi "CULTURE OF EXCELLENT" kat Paragon Hotel. Fffuuuhh.

Tapi pagi-pagi ini aku mengeluarkan peluh yang sedia lama tak keluar. Hehehe. Bergotong royong ngan bapak mertua aku 'menebang dan mengutip buah rambutan'. Uiisshh rambutan gading tau! kecur air liur aku. Dalam pukul 9.00am bapak metua aku dah gergaji pokok. Aku standby bawah je. Lengan aku masih dalam 'pemulihan' lagi. Tak tau sakit apa. Lenguh menangkap urat. So tugas aku cuma kutip buah rambutan yang jatuh.

Sorrylah snap pakai Handphone je. Tu yang tak nampak kuning keemasan.

Mengah betul. Dulu selalu aku ikut ayah ke kebun arwah atuk & nenek di Air Hitam, Kluang. Banyak gak pokok buah..Ada rambutan, durian, manggis, duku, ciku..perrggghhh tapi sekarang takde orang jaga sangat. So buah-buahan tu macam malu-malu nak kuar.

Apalagi...kutiplaaahhh!!

Sesi mengutip dah tamat. Padan muka sayang..busyuk nye aku!

Kuang kuang kuang..terlelap jap kat meja dapur.

Segar semula..sebab apa???

Minumlah Jus Oren Twister!! Pasti segar. Sunquick pun takleh lawan.

Sebenarnya banyak pokok buah kat sini. Belakang tu pokok jambu air. Tak larat nak kutip. Banyak yang gugur. Eh...keta sapa yang emsem ni??? hehehe

Korang tengoklah kat bawah tu..berterabur buah jambu.

Inilah hasil 'tangkapan' kami hari ini. Ceh macam memancing lak. (tak gemar aku)

Ati (adik ipar) dan Nadhirah (anak saudara) tengah mengasingkan buah yang cantik. Rasa macam nak jual. Esok bawak gi ofis sikit la..

Dalam sibuk mengemas..Najmi (anak saudara) dan parents dia balik. Najmi menang pertandingan Deklamasi sajak bertajuk 'IBU' peringkat sekolah. Akan mewakili ke peringkat Daerah. Tahniah. Macam tu lah anak sedara Pak Ngah. Aku ada gak curahkan idea pada dia. Maklumlah dulu pun bekas wakil Sekolah, Daerah dan Negeri dalam pertandingan-pertandingan macam ni. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri.
Hujan lagi...mata pedihh!!!
Dah 5 hari berturut-turut hujan. Aku memang dah malas nak basuh kereta. Tapi...tak taula mungkin kebetulan..setiap kali niat nak basuh keta mesti hujan. Takpelah hujan rahmat. Sejuk sikit. Tapi yang tak syoknya sebab belakang ofis aku tengah ratakan tanah. Jadi habuk-habuk dan serpihan tanah tu akan melekat kat keta aku dan seterusnya ditambah dengan hujan membuatkan kereta berlapuk gila bila time panas. Apa nak buat...dah kerja kat site. Memang macam tu.

Cian Chitra aku ni..


Bila nak siap ni wei..nak buat Kondominium kat belakang ni.




Tak suka tapi kena jugak! Duty Jusco Bukit Indah
Semalam mulai 7 July - 12 July, Kitaorang 'terpaksa' duty di Jusco Bukit Indah. Ada Roadshow la pulak. Baru je hari Ahad lepas ni ada event kat office. Ini bermakna aku kerja dah melebihi had ( 7 hari seminggu non stop ) sampai aku pun dah lupa hari ni hari apa. Kah kah kah. Kitaorang kekurangan staff. Jadi aku merayu kat Salina bagilah aku cuti walaupun sehari. Kalau tak sampai nak tunggu off day next week, aku dah kerja 2 minggu straight! Tapi itulah hakikat kerja macam aku ni. BUSINESSMAN! Hehehe. Upgrade tuh. Akhirnya Salina bagi gak aku cuti esok. Tapi pagi still kena gi office jap sebab nak dapatkan sign Big Boss untuk claim. Raya bulan 9. Nanti tak sempat nak beli baju raya. Tahun ni aku berazam untuk belikan sesuatu buat family. Lagipun nak buat akikah Muhammad Iman raya kang. Mau tak cukup duit aku nanti.

Jadi berikut gambar yang sempat aku snap membuktikan yang aku mencurik tulang sewaktu kerja. Hahahaha

Inilah kawasan Iskandar yang amat amat luas bebenor!

Inilah projek aku. Dah masuk Fasa 6 dah.Alhamdulillah

Hmm..Semi Detached House RM1.2 Million. Ada sapa yang nak beli?

Land Size 22' x 75' DSTH RM 300K. Ada berani?

Yang bawak wire tu Leman, transporter kitaorang. Baju biru dan couple tu existing customer di Ledang Heights. Haa baju kuning ngan guard tu aku tak knal.

Hari ni aku duty office. Esok cuti. Lusa Jusco balik 2pm-10.00pm.Tulat Office. Gitulah gamaknya mencari sesuap nasi untuk keluarga. InsyaAllah ada rezekinya.
Blog Widget by LinkWithin