Hari Isnin yang memboringkan
Hari ini hari yang paling boring. Nape ntah sejak 2,3 hari ni aku macam malas. Bahaya tu! Aku tau.Mungkin sebab penat sebab minggu ni aku akan kerja 7 hari seminggu.STRAIGHT! Mungkin sebab letih. Semalam aku cuma attend 2 orang customer. Alhamdulillah..Dua-dua beli rumah dengan aku. Best kan?? Baguslah sejak aku gi Training untuk memantapkan skill jualan ni, performance aku semakin bagus. Hari ni hanya dua orang Executive yang kerja. Aku dan Lalitha

Yang Lain gi training COE. Sambungan hari tu. Tajuk kali ni 'Sales Presentation'. Aku punya turn minggu depan 29-31 July 2009 kat Grand Paragon Hotel. Seboleh-bolehnya aku akan siapkan semua pending case dan kerja sebab 1hb-5hb aku balik kampung! Setelah hampir 4 bulan tak balik (rasenyela) kerana isteri bersalin. Kini aku balik bersama isteri dan MUHAMMAD IMAN.Yeeaaahhhhh!!! Aku nak cerita kat Iman kampung atuk dan Tok Mak Yong Peng pula. Diaorang seronok sebab inilah pertama kali Iman akan menjejakkan dirinya ke rumah itu dan pertama kalinya seorang insan yang dipanggil CUCU akan hadir dalam rumah itu. Hehehe tak sabar nak balik. Nanti awal Ramadhan balik lagi sebab Uda, Ben (suaminya) dan Arif akan balik. Aku rasa semua adik beradik aku adalah termasuk Anwar,Wahab dan Syafiq. Adik Nurul memang kat rumah.

Okeylah..aku nak gi carik kerja!


0 Responses

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin